Kanser Pangkal Rahim, Apa Perlu Kita Tahu (Flourisher)
22 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 21 Mac 2025, Staf NADI telah menyediakan tempat webinar kepada peserta yang bertajuk kanser pangkal rahim, apa perlu kita tahu?. Tujuan webinar ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran tentang bahaya penyakit kanser tersebut terhadap para wanita di Malaysia.
Selain itu, peserta juga diberikan pendedahan tentang gejala seseorang wanita yang mengalami kanser pangkal rahim contohnya sakit di kawasan rahim, pendarahan tidak normal, hormon tidak stabil dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, peserta juga diberi pendedahan tentang penjagaan rahim dan faraj agar sentiasa bersih dan tidak dijangkiti kuman.
Dengan adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada staf tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, staf juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: